awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2022
21:30 MYT
14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah
Pihak berkuasa membawa keluar pelajar di Sekolah Rendah Robb sejurus selepas insiden tembakan. - Foto REUTERS
TEXAS: Sekurang-kurangnya 14 pelajar dan seorang guru maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat pada Selasa.
Menurut Gabenor Greg Abbott, suspek yang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, turut terkorban dalam insiden itu.
Dua lagi mangsa, seorang pelajar berusia 10 tahun dan seorang wanita berusia 66 tahun cedera parah dalam kejadian itu dan telah dikejarkan ke Hospital Universiti di San Antonio.
Katanya, suspek yang membawa sebuah senapang patah dan sepucuk pistol, ditembak mati oleh anggota polis yang dikerah ke Sekolah Rendah Robb.
"Suspek telah menembak mati 14 pelajar dan seorang guru.
"Suspek turut terkorban dalam insiden itu ditembak mati oleh anggota polis yang dikerah ke lokasi," katanya.
Ketika ini tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai motif kejadian.
Topic Berkaitan
#tembakan
#sekolah
#pelajar
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan