14 terbunuh dalam serangan terbaharu Arab Saudi

Agensi
April 2, 2018 22:01 MYT
Pekerja rumah mayat mengasingkan beg plastik yang mengandungi mangsa serangan udara di Hodeida. - Reuters/Abduljabbar Zeyad
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam satu serangan udara yang diketuai Arab Saudi berhampiran pelabuhan Laut Merah di Yaman pada Isnin.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan negara itu Walid Al-Emmad, serangan ke atas kawasan Hodeida itu dilakukan pada Isnin mengenai kawasan perumahan pelarian.
Antara yang terbunuh termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak perempuan.
Konflik membabitkan negara arab itu yang berlanjutan sehingga tiga tahun telah menyaksikan kematian lebih 10,000 orang setakat ini.
Arab Saudi terus memburu pejuang-pejuang Houthi yang bersekutu dengan Iran yang didakwa membekalkan peluru berpandu kepada puak pemberontak Yaman itu.
Puak Houthi pula dilaporkan telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik rentas sempadan ke arah Arab Saudi pada 26 Mac yang membunuh seorang rakyat Saudi.
#Arab Saudi #Iran #Kanak-kanak #kesihatan #menteri #pelarian #rakyat #serangan #wanita