awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

147 maut akibat bencana alam di China, 16 juta orang terjejas

Bernama
Bernama
05/08/2023
05:40 MYT
147 maut akibat bencana alam di China, 16 juta orang terjejas
China menyaksikan taburan hujan tertinggi dalam tempoh 140 tahun sejak Taufan Doksuri melanda negara itu Jumaat lalu. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Bencana alam di China memberi kesan kepada hampir 16 juta orang serta mengakibatkan 147 kematian pada Julai, menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan negara itu.
Dalam tempoh yang sama, 703,000 orang telah dipindahkan dan ditempatkan semula berikutan bencana itu.
Bencana itu turut menyebabkan 4,300 rumah runtuh, 8,400 rumah rosak teruk dan 40,000 kediaman mengalami kerosakan kecil.
Data kementerian menunjukkan bahawa beribu-ribu hektar tanah ladang turut terjejas, mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak 41 bilion yuan ($5.7 bilion), Anadolu Agency memetik laporan China Daily.
Beijing bertindak balas dengan mengaktifkan kecemasan Tahap Empat di kebanyakan wilayah akibat hujan lebat dan banjir.
Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Air memperuntukkan 450 juta yuan (AS$63 juta) sebagai tindak balas menyokong usaha pencegahan banjir dan membaiki infrastruktur yang rosak di wilayah Beijing-Tianjin-Hebei.
China menyaksikan taburan hujan tertinggi dalam tempoh 140 tahun sejak Taufan Doksuri melanda negara itu Jumaat lalu.
Di barat laut China, gelombang haba selama 10 hari diramalkan bermula Jumaat, dengan suhu mencecah 40 darjah Celcius di beberapa kawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#bencana alam
#angka korban
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan