Skip to main content

Dunia

15 cedera dalam gempa bumi di Nangarhar, Afghanistan

Sumber: Adobe Stock
Advertisement

KABUL: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera dalam gempa bumi yang melanda Wilayah Nangarhar di timur Afghanistan pada pagi Selasa, menurut media tempatan Tolo News, lapor Xinhua.

Menurut laporan itu, mangsa yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dibawa ke Hospital Wilayah Nangarhar untuk mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa sedang menilai keadaan serta mengumpulkan maklumat lanjut mengenai jumlah mangsa dan kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement