awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 juta maut akibat kesan daripada pandemik COVID-19 - WHO

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2022
02:40 MYT
15 juta maut akibat kesan daripada pandemik COVID-19 - WHO
Tanah perkuburan Xico di Valle de Chalco, Mexico yang menempatkan mangsa yang terkorban akibat COVID-19. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sejumlah 15 juta orang maut akibat pandemik COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan 2021.
Menurut badan kesihatan dunia itu, kematian adalah disebabkan COVID-19 atau kesan daripada beban sistem kesihatan bagi tempoh dua tahun tersebut.
"Di peringkat global, kami anggarkan kematian akibat COVID-19 melebihi 14.9 juta hingga 31 Disember 2021.
"Ini adalah anggaran dari 13.3 juta ke 16.6 juta.
"Terdapat 5.4 juta kes COVID-19 dilaporkan bagi tempoh ini. Ia melebihi anggaran awal, yang mewakili 9.5 juta kematian atau 2.75 lebih tinggi daripada kematian awal direkodkan.
"Kematian ini 84% tertumpu di Asia Tenggara, Eropah dan benua Amerika. Negara pendapatan sederhana dan rendah mewakili 81% daripada 14.9 juta kematian ini."
Data mendedahkan kematian secara langsung disebabkan akibat virus serta kegagalan sistem kesihatan akibat COVID-19.
Ini termasuk kematian pesakit kanser yang tidak dapat dirawat kerana hospital terlalu sesak dengan pesakit COVID-19.
Sementara itu, Pembantu Setiausaha Agung WHO, Dr Samira Asma memaklumkan wujud kesukaran mendapatkan data yang tepat.
Ini dikaitkan dengan kelewatan melaporkan data berkaitan.
Statistik kematian adalah berdasarkan data dilaporkan negara terlibat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#Samira Asma
#15 juta maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan