15 maut, 19 hilang insiden kapal karam di perairan Sulawesi

Bernama
Julai 24, 2023 05:05 MYT
Sebuah kapal karam di perairan wilayah Sulawesi Tenggara di Indonesia pada Isnin menyebabkan 15 orang terbunuh dan 19 yang lain hilang. -Gambar hiasan
JAKARTA: Sebuah kapal karam di perairan wilayah Sulawesi Tenggara di Indonesia pada Isnin menyebabkan 15 orang terbunuh dan 19 yang lain hilang, lapor Xinhua, memetik pegawai.
Kejadian berlaku kira-kira 00:00 pagi waktu tempatan di Teluk Mawasangka di Kabupaten Buton Tengah, kata ketua pejabat mencari dan menyelamat, Yusuf Latief.
Beliau berkata seramai 40 orang berada di atas kapal itu.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan, manakala mereka yang terselamat sedang menjalani rawatan perubatan, katanya.
-- BERNAMA
#kapal karam #Sulawesi Tenggara #Teluk Mawasangka #Kabupaten Buton Tengah