15 maut dalam kebakaran rumah di Filipina

Bernama
Ogos 31, 2023 04:18 MYT
Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran. -Gambar hiasan
MANILA: Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh pada Khamis yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.
Biro itu berkata tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.
Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran.
Mangsa terdiri daripada ahli keluarga dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City itu.
-- BERNAMA
#Filipina #kebakaran sebelum subuh #15 maut #Manila