[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
INTERNATIONAL

15 maut, lebih 20 cedera bas terjunam dari tebing di Sri Lanka

Agensi 11/05/2025 | 10:18 MYT
Lima daripada mangsa yang maut ialah lelaki manakala selebihnya wanita. - Foto Reuters
COLOMBO: Lima belas orang terbunuh manakala lebih 20 yang lain cedera apabila sebuah bas terhumban dari tebing di Kotmale, yang terletak di wilayah tengah Sri Lanka pada pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Sebuah bas terhumban dari tebing di Kotmale, menyebabkan 15 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera.
  • Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan, dengan lima daripada yang maut merupakan lelaki, manakala selebihnya wanita.
  • Polis telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan, dengan statistik menunjukkan 592 rakyat Sri Lanka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun ini.

Polis negara itu memaklumkan, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital-hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Menurut polis lagi, lima daripada mangsa yang maut ialah lelaki manakala selebihnya wanita.
Tambah kenyataan itu, polis telah memulakan siasatan untuk menentukan punca kemalangan itu.
Sehingga 2 April, seramai 592 rakyat Sri Lanka dilaporkan meninggal dunia dalam 565 kemalangan jalan raya tahun ini. -- Agensi
#Sri Lanka #kemalangan #bas terjunam #Kotmale