Skip to main content

Dunia

15 maut pesawat tentera bawa wang kertas baharu terhempas di Bolivia

People stand at the site where a Bolivian Air Force Hercules aircraft crashed on Friday evening onto a busy avenue amid inclement weather in the city of El Alto, Bolivia, February 27, 2026. REUTERS/Claudia Morales
Sebuah pesawat Hercules milik Tentera Udara Bolivia yang membawa kiriman wang kertas baharu daripada Bank Pusat negara itu terhempas pada petang Jumaat di sebuah laluan utama yang sibuk di El Alto, berhampiran ibu negara La Paz. - Gambar Reuters

LA PAZ: Sebuah pesawat Hercules milik Tentera Udara Bolivia yang membawa kiriman wang kertas baharu daripada Bank Pusat negara itu terhempas pada petang Jumaat di sebuah laluan utama yang sibuk di El Alto, berhampiran ibu negara La Paz. 

Nahas itu berlaku dalam keadaan cuaca buruk.

Advertisement

Menurut laporan TV tempatan, 15 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 30 lagi cedera.

Pesawat berkenaan berlepas dari Santa Cruz dan terhempas selepas mendarat, apabila ia terbabas dari landasan dan merempuh jalan raya bersebelahan.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai bergegas ke lokasi dan kelihatan mengutip wang yang bertaburan di jalan. 

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata untuk menghalang mereka.

Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto ditutup sementara selepas kejadian itu. Syarikat penerbangan nasional Boliviana de Aviación memaklumkan pesawat tersebut bukan dari armada mereka.

Imej televisyen menunjukkan kerosakan teruk pada pesawat serta beberapa kenderaan di sepanjang laluan nahas. - Agensi

Must Watch Video