Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

150 dipindahkan dari hospital utama London susulan 'insiden kimia'

Astro Awani 14/08/2025 | 10:15 MYT
Pasukan bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi, dan punca kejadian setakat ini belum dikenal pasti. -Foto X
LONDON: Sekurang-kurangnya 150 pesakit, kakitangan perubatan, dan pelawat dipindahkan dari sebuah hospital di London, United Kingdom susulan insiden kimia di premis berkenaan awal pagi Khamis waktu tempatan.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 150 orang dipindahkan dari Hospital Guys di London susulan insiden kimia yang berlaku awal pagi Khamis.
  • Pasukan bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi, dengan insiden berlaku di tingkat bawah dan aras tanah hospital, namun punca masih belum dikenal pasti.
  • Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini, dan siasatan penuh sedang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan.


Menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan London Fire Brigade, Hospital Guy’s di Southwark diarah dikosongkan selepas pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi.

Dua jentera bomba, bersama dua unit penyelamat segera dikerah ke lokasi kejadian, dan operasi pengudaraan bangunan sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan kawasan terjejas.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut jurucakap London Fire Brigade, insiden berlaku di tingkat bawah dan aras tanah hospital, namun punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.

Tiada laporan berhubung kecederaan atau kematian setakat ini. Pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden tersebut.

Imej yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul di Stainer Street berhampiran Stesen London Bridge, sementara pasukan kecemasan mengawal keadaan.








#Hospital Guys di London #premis dikosongkan #insiden kimia #London Fire Brigade