awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 ahli politik Punjabi menang pilihan raya Kanada

Bernama
Bernama
23/09/2021
04:28 MYT
16 ahli politik Punjabi menang pilihan raya Kanada
Jagmeet Singh, dipilih semula untuk mewakili provinsi British Columbia dan mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin Parti Demokratik Baharu (NDP). - Reuters
TRENTON: Seramai 17 ahli politik berketurunan India dipilih dalam pilihan raya Kanada, 16 terdiri daripada masyarakat Punjabi sekali gus membuktikkan populariti mereka dalam kalangan pengundi, lapor agensi Anadolu memetik media India pada Rabu.
Jagmeet Singh, dipilih semula untuk mewakili provinsi British Columbia dan mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin Parti Demokratik Baharu (NDP).
NDP menduduki tempat keempat, dengan 25 menjadi Ahli Parlimen (MP) dan menganggotai Dewan Rakyat manakala Parti Liberal mempunyai 158 kerusi diketuai Perdana Menteri Justin Trudeau dan Parti Konservatif dengan 119 kerusi.
Blok Quebecois memperoleh 34 kerusi, tetapi hanya mencalonkan wakil di Quebec kerana mahu mewakili kepentingan di provinsi penutur bahasa Perancis itu.
Ahli Parlimen Indo-Kanada merangkumi daripada pelbagai pihak, termasuk 14 Liberal, dua Konservatif dan Singh.
Tiga menteri Kabinet Liberal yang kembali dilantik menerajui kementerian ialah Harjit Sajjan, Bardish Chagger dan Anita Anand, lapor India Tribune.
Selain itu tiga lagi wanita Punjabi yang turut dipilih semula ialah Anju Dhillon, Ruby Sahota dan Sonia Sidhu.
Daripada ahli politik Punjabi, 14 dipilih semula dua lagi iaitu George Chahal dan Iqwinder Singh adalah muka baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli politik
#Kanada
#jagmeet singh
#pilihan raya kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan