16 terbunuh dalam serangan udara di Syria

Astro Awani
Januari 29, 2018 21:38 MYT
Serangan udara di Idlib telah mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang sejak Ahad, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dan petugas penyelamat pada Isnin. REUTERS
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar dan hospital di Saraqeb, wilayah Idlib barat laut Syria.
Aktivis di sana menyalahkan kerajaan Syria dan Rusia atas serangan tersebut.
Idlib merupakan kubu kuat pemberontak di barat laut Syria.
Pasukan mencari dan menyelamat Pertahanan Awam Syria yang turut dikenali sebagai White Helm berkata serangan pada Isnin itu berlaku di pasar terbesar di wilayah tersebut.
Menurut agensi berita Qasioun yang melaporkan perkembangan terkini puak penentang melaporkan 14 orang maut dalam serangan di pasar dan enam daripada mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak.
Manakala dua lagi mangsa terbunuh di Hospital Adey.
Sehari sebelumnya, sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh dalam serangan udara di Idlib.
#Hospital Adey #Idlib #Saraqeb #serangan udara #Syria #White Helm