DUNIA
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
Mangsa cedera dikejarkan ke hospital dalam insiden kebakaran rumah jagaan warga emas Rumah Werdha Damai di Manado, Indonesia. -Foto Reuters
JAKARTA: Seramai 16 warga emas terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, lewat malam tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kebakaran di Rumah Werdha Damai dilapor berlaku pada jam 8.24 malam waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh bangunan yang menempatkan lebih 30 penghuni.
Api berjaya dipadamkan 25 anggota bomba dengan bantuan lima jentera pemadam selepas lebih sejam.
Ketua Jabatan Bomba Manado Jimmy Rotinsulu berkata kebanyakan mangsa terperangkap ketika api marak, menyebabkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Kami menemui 16 mayat di lokasi. Tiga lagi mangsa cedera akibat lecur dan telah dikejarkan ke hospital,” katanya kepada Metro TV.
Rakaman video disiarkan media tempatan menunjukkan api menjulang tinggi dan langit malam bertukar jingga, manakala penduduk sekitar dilihat membantu menyelamatkan seorang warga emas dari bangunan yang terbakar.
Polis masih menyiasat punca kebakaran.
Pegawai polis Alamsyah P. Hasibuan berkata siasatan awal tidak menolak kemungkinan litar pintas atau kecuaian sebagai punca kejadian.
Kejadian ini mengundang simpati dan keprihatinan masyarakat tempatan serta mencetuskan gesaan agar aspek keselamatan di rumah jagaan warga emas dipertingkatkan.
Beberapa pertubuhan kebajikan turut menyeru agar audit keselamatan dilakukan ke atas semua fasiliti penjagaan warga emas di seluruh negara.
Rumah Werdha Damai yang terletak di kawasan padat penduduk itu kini ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan kerja-kerja pemulihan.
Pihak berkuasa juga sedang menguruskan proses pengecaman dan penyerahan jenazah kepada waris.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- 16 warga emas terkorban dalam kebakaran di Rumah Werdha Damai di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, lewat malam Ahad.
- Api merebak cepat ke seluruh bangunan yang menempatkan lebih 30 penghuni, menyebabkan 16 mangsa terperangkap dan 3 cedera.
- Kebakaran ini menyebabkan simpati masyarakat setempat, merangsang tuntutan untuk tingkatkan keselamatan di rumah jagaan warga emas serta audit keselamatan di semua fasiliti penjagaan warga emas di negara itu.
Kebakaran di Rumah Werdha Damai dilapor berlaku pada jam 8.24 malam waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh bangunan yang menempatkan lebih 30 penghuni.
Api berjaya dipadamkan 25 anggota bomba dengan bantuan lima jentera pemadam selepas lebih sejam.
Ketua Jabatan Bomba Manado Jimmy Rotinsulu berkata kebanyakan mangsa terperangkap ketika api marak, menyebabkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Kami menemui 16 mayat di lokasi. Tiga lagi mangsa cedera akibat lecur dan telah dikejarkan ke hospital,” katanya kepada Metro TV.
Rakaman video disiarkan media tempatan menunjukkan api menjulang tinggi dan langit malam bertukar jingga, manakala penduduk sekitar dilihat membantu menyelamatkan seorang warga emas dari bangunan yang terbakar.
Polis masih menyiasat punca kebakaran.
Pegawai polis Alamsyah P. Hasibuan berkata siasatan awal tidak menolak kemungkinan litar pintas atau kecuaian sebagai punca kejadian.
Kejadian ini mengundang simpati dan keprihatinan masyarakat tempatan serta mencetuskan gesaan agar aspek keselamatan di rumah jagaan warga emas dipertingkatkan.
Beberapa pertubuhan kebajikan turut menyeru agar audit keselamatan dilakukan ke atas semua fasiliti penjagaan warga emas di seluruh negara.
Rumah Werdha Damai yang terletak di kawasan padat penduduk itu kini ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan kerja-kerja pemulihan.
Pihak berkuasa juga sedang menguruskan proses pengecaman dan penyerahan jenazah kepada waris.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan warga emas yang terkorban dalam kebakaran di Rumah Werdha Damai di Manado?
A: Seramai 16 warga emas terkorban dalam kebakaran di Rumah Werdha Damai di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia. - Q: Bagaimanakah keadaan kebakaran di Rumah Werdha Damai di Manado berlaku?
A: Kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 8.24 malam waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh bangunan yang menempatkan lebih 30 penghuni. - Q: Apakah sebab yang mungkin menyebabkan kebakaran tersebut berlaku?
A: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan litar pintas atau kecuaian sebagai punca kejadian kebakaran di Rumah Werdha Damai di Manado. - Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas kebakaran berlaku?
A: Pihak berkuasa sedang menguruskan proses pengecaman dan penyerahan jenazah kepada waris serta meningkatkan keselamatan di rumah jagaan warga emas. - Q: Apakah kesan yang ditimbulkan setelah kebakaran berlaku di Rumah Werdha Damai di Manado?
A: Kejadian kebakaran tersebut mengundang simpati dan keprihatinan masyarakat tempatan serta mencetuskan gesaan agar aspek keselamatan di rumah jagaan warga emas dipertingkatkan.