Sekurang-kurangnya 17 orang dikhuatiri hilang selepas kapal yang dinaiki mereka terbalik dalam kejadian puting beliung beserta ribut di kepulauan Yaman pada Khamis.

Setakat ini, dua buah kapal dilaporkan tenggelam akibat dibadai puting beliung berkenaan.

Menurut Gabenor Socotra, Ramzy Mahrous, pihaknya kini memerlukan bantuan terutamanya daripada Arab Saudi selepas kemusnahan yang besar akibat daripada rebut berkenaan.

Ahli meteorologi menjangkakan Yaman adalah antara laluan ribut berkenaan dan kini bergerak ke Oman dengan kelajuan dan kekuatan yang lebih besar.

Angin dan ribut yang digelar Mekunu itu mencapai 155km sehingga 175km sejam.