17 maut dalam rempuhan kelab malam di Caracas

Agensi
Jun 17, 2018 00:15 MYT
Kelab malam Los Cotorros di mana 17 orang maut susulan seorang individu mengaktifkan bom gas pemedih mata pada Sabtu. - REUTERS
Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam sebuah kelab malam di Caracas, Venezuela pada awal pagi Sabtu gara-gara seorang individu mengaktifkan bom gas pemedih mata di kelab tersebut.
Menurut Menteri Dalam Negeri Venezuela, Nestor Reverol, lebih 500 pengunjung berada di kelab Los Cotorros yang terletak di El Paraiso pada kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.
Pada ketika itu juga satu pertengkaran turut berlaku antara beberapa pengunjung, sehingga mencetuskan rempuhan di pintu kelab.
Sebelas dilaporkan maut akibat sesak nafas, manakala enam lagi individu belum dikenal pasti punca kematian mereka.
Setakat ini, pihak berkuasa Venezuela telah menahan tujuh suspek, dan siasatan kejadian masih dijalankan.
#Caracas #kelab malam #Los Cotorros #Menteri Dalam Negeri Venezuela #Nestor Reverol #pergaduhan #rempuhan #sesak nafas #Venezuela