17 maut, ratusan cedera letupan besar di pelabuhan Tianjian

Agensi
Ogos 13, 2015 00:44 MYT
Letupan turut mengakibatkan kerosakan tingkap dan pintu bangunan berhampiran. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 17 maut manakala lebih 300 lagi cedera dalam insiden letupan besar di pelabuhan kontena di timur laut Tianjian, China, pada Rabu.
Kepulan asap tebal akibat letupan itu dapat dilihat beberapa kilometer dari tempat kejadian.
Dua anggota bomba pula dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas memadam kebakaran.
Stesen television tempatan melaporkan letupan itu mengakibatkan kerosakan tingkap dan pintu bangunan berhampiran.
Dianggarkan 300 hingga 400 orang yang cedera diberi rawatan di hospital sekitar Tianjian.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
#China #kebakaran #letupan #Tianjian