17 tebusan Thailand selamat tiba di tanah air

Sinar Harian
November 30, 2023 22:30 MYT
Rakyat Thailand yang dibebaskan dari Semenanjung Gaza selepas dijadikan tebusan oleh Hamas keluar dari Pusat Perubatan Shamir, di Be'er Ya'akov, 29 Nov 2023. - REUTERS
BANGKOK: Seramai 17 tebusan yang diculik dan ditahan selama berminggu-minggu oleh pejuang Hamas di Genting Gaza, dijangka akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di lapangan terbang Bangkok pada Khamis.
Puluhan ribu rakyat Thailand dilaporkan bekerja di Israel dalam sektor pertanian semasa Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober lalu dan menculik 240 orang tebusan.
Sekurang-kurangnya 32 warga negara itu diculik Hamas, dengan Kementerian Luar Bangkok dan kumpulan Muslim Thailand telah berusaha melakukan rundingan untuk membebaskan mereka.
Pada Khamis, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan), seramai 17 orang dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas beberapa minggu berada dalam tahanan.
Kira-kira 10 orang daripada kumpulan itu sudah dibebaskan pada Jumaat lalu ketika gencatan senjata api Hamas-Israel bermula yang diuruskan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat. - Agensi/Sinar Harian
#Hamas #tebusan dibebaskan #gencatan senjata #rakyat Thailand