17 terbunuh dihempap kren di tapak pembinaan

Bernama
Ogos 1, 2023 07:21 MYT
Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India. -Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India pada Selasa, menurut pegawai.
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Pasukan Pencegahan Bencana Kebangsaan (NDRF) India dikejarkan ke tempat kejadian
"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," kata pegawai kanan NDRF, Sarang V Kurve.
Menurut NDRF, 17 mayat ditemukan di tempat kejadian.
Tiga yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan, lapor Xinhua.
-- BERNAMA
#kren tumbang #tapak pembinaan jalan raya #Maharashtra #Shahapur