awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

170,000 tan bantuan kemanusiaan sedia dibawa masuk ke Gaza - PBB

Bernama
Bernama
09/10/2025
15:52 MYT
170,000 tan bantuan kemanusiaan sedia dibawa masuk ke Gaza - PBB
Kira-kira 170,000 tan bekalan bantuan disediakan dan menunggu untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di Geneva pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Kira-kira 170,000 tan bekalan bantuan disediakan dan menunggu untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di Geneva pada Khamis, susulan pengumuman perjanjian awal untuk menamatkan pertempuran di Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sebaik sahaja pihak berkuasa Israel, yang mengawal akses ke Gaza memberi lampu hijau, bantuan itu boleh segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan, katanya. Bantuan itu termasuk makanan, ubat-ubatan, khemah dan pelbagai keperluan penting lain.
Awal minggu ini, OCHA menyatakan yang pihak berkuasa Israel tidak meluluskan atau menghalang 45 peratus konvoi bantuan berdaftar sejak serangan bermula pada Oktober 2023.
Bagi membolehkan bantuan sampai kepada penduduk awam, OCHA memerlukan pintu sempadan dibuka, jaminan keselamatan untuk petugas bantuan dan penerima, visa untuk kakitangan asing dan kemasukan bantuan tanpa sekatan, jelas jurucakap itu.
Beliau turut menegaskan yang sektor swasta di Semenanjung Gaza perlu dihidupkan semula secepat mungkin.
Pada Rabu, Israel dan Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan damai Presiden AS Donald Trump, untuk Gaza.
Selain pemulangan tawanan dan pembebasan tahanan Palestin, Hamas menyatakan yang perjanjian itu turut merangkumi penamatan perang, pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang lama terkepung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#dibawa masuk ke Gaza
#Palestin
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan