awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 cedera dalam insiden rempuhan di Masjidil Haram

Agensi
Agensi
02/07/2016
11:20 MYT
18 cedera dalam insiden rempuhan di Masjidil Haram
18 cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram. -Gambar fail
Lapan belas orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, lapor akhbar Al-Riyadh pada Sabtu.
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Jumaat di Mekah ketika umat Islam berkumpul beramai-ramai bagi mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
Semua mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian, menurut akhbar itu yang memetik kata seorang pegawai kesihatan.
Sebelum ini, satu kejadian rempuhan di Mina pada 24 September tahun lalu telah mengakibatkan ratusan jemaah haji meninggal dunia.
Susulan kejadian, pihak keselamatan Arab Saudi telah mengetatkan lagi langkah-langkah keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang.
Bermula pada musim haji tahun ini, para jemaah dari Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dibekalkan gelang tangan keselamatan elektronik dengan kod bar bagi memudahkan pengecaman identiti.
Topic Berkaitan
#Lailatulqadar
#Mekah
#rempuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan