INTERNATIONAL

18 ditahan disyaki terlibat rancang kebakaran hutan Israel

Astro Awani 01/05/2025 | 11:31 MYT
Usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan, sementara siasatan terhadap suspek yang ditahan dan usaha mengumpul bukti untuk mendakwa mereka sedang dilakukan. -Reuters
TELAVIV: Seramai 18 individu ditahan disyaki terlibat dalam insiden kebakaran hutan di luar Baitulmuqaddis.


Ringkasan AI
  • Seramai 18 individu ditahan disyaki terlibat dalam insiden kebakaran hutan di luar Baitulmuqaddis, dengan salah seorang ditangkap ketika sedang melakukan perbuatan itu.
  • Pihak berkuasa percaya kebakaran tersebut dimulakan secara sengaja dan terancang, dengan lebih daripada 20 lokasi kebakaran dikenal pasti di kawasan terjejas.
  • Usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan, sementara siasatan terhadap suspek yang ditahan dan usaha mengumpul bukti untuk mendakwa mereka sedang dilakukan.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika mengumumkan penahanan ini berkata ia tindak balas kepada insiden kebakaran yang telah menyebabkan kerosakan meluas dan memaksa pemindahan penduduk dari beberapa kawasan.

"Kami telah menahan 18 individu yang disyaki melakukan pembakaran hutan.

"Salah seorang daripada mereka ditangkap ketika sedang melakukan perbuatan itu," kata Netanyahu sambil menekankan bahawa pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas terhadap dalang di sebalik kejadian ini.

Difahamkan pihak berkuasa percaya kebakaran dimulakan secara sengaja dan terancang, dengan lebih 20 lokasi kebakaran dikenal pasti di kawasan terjejas.

Walaupun usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan, perhatian kini diberikan kepada siasatan terhadap suspek yang ditahan dan usaha mengumpul bukti untuk mendakwa mereka.








#Benjamin Netanyahu #kebakaran hutan #sengaja dan terancang #20 lokasi kebakaran