DUNIA
18 individu hilang akibat banjir di utara Nepal
Sekurang-kurangnya 18 orang hilang dalam kejadian banjir yang berlaku di kawasan sempadan Rasuwagadhi. - Gambar/ X @ani_digital
KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 18 individu dilaporkan hilang awal pagi Selasa dalam kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan di kawasan utara Nepal, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Jurucakap polis daerah Rasuwa Inspektor Krishna Dhital berkata pihaknya menerima laporan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang hilang dalam kejadian banjir yang berlaku di kawasan sempadan Rasuwagadhi.
"Kebanyakan mereka sedang bekerja di pelabuhan darat berhampiran sempadan," katanya.
Dhital menambah bahawa sebuah jambatan di kawasan sempadan itu telah hanyut dibawa arus manakala beberapa kenderaan elektrik yang diletakkan di pelabuhan darat turut dihanyutkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan hilang akibat banjir di kawasan sempadan Rasuwagadhi, utara Nepal, selepas hujan lebat berterusan.
- Mereka yang hilang dipercayai sedang bekerja di pelabuhan darat berhampiran sempadan ketika kejadian berlaku.
- Sebuah jambatan dan beberapa kenderaan elektrik turut dihanyutkan oleh arus deras dalam kejadian tersebut.