DUNIA
18 insiden tembakan di pusat pendidikan Amerika Syarikat pada 2018
Kejadian terkini di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat adalah antara 18 insiden tembakan rambang di sekolah-sekolah Amerika Syarikat sepanjang tahun ini. -Foto Courtesy WSVN
HARI ini dunia dikejutkan dengan kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat.
Sejumlah 17 pelajar maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sekolah menengah Marjory Stoneman.
Insiden terbaharu itu adalah antara 18 insiden tembakan rambang yang terjadi di pusat pendidikan di Amerika Syarikat sepanjang tahun ini.
Berikut disenaraikan 18 insiden tembakan tersebut:
3 Januari, East Olive Elementary School, Michigan.
1 MAUT, 0 CEDERA
Kejadian tembakan pertama berlaku di Elementary East Elementary School di St Johns, Michigan.
Seorang lelaki berusia 31 tahun menembak dan membunuh dirinya di tempat letak kereta di sekolah tersebut selepas berunding dengan polis.
4 Januari, New Start High School
0 MAUT, 0 CEDERA
Insiden berlaku di Seattle, Washington di mana peluru menembusi tingkap pejabat sekolah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
9 Januari, Coronado Elementary School, Arizona
1 MAUT, 0 CEDERA
Seorang remaja ditemukan mati akibat terkena tembakan dipercayai membunuh diri di tandas sekolah tersebut.
10 Januari, California State University, San Bernardino
0 MAUT, 0 CEDERA
Sekurang-kurangnya satu tembakan dilepaskan yang memusnahkan bilik darjah di California State University. Tiada kecederaan dilaporkan.
10 Januari, Grayson College, Texas
0 MAUT, 0 CEDERA
Seorang pelajar menyalahgunakan senjata api yang diberi untuk latihan untuk menembak peluru melalui tembok. Tiada yang cedera.
15 Januari, Wiley College, Texas
0 MAUT, 0 CEDERA
Dua suspek di dalam sebuah kereta berbalas tembakan dengan seorang lelaki di tempat letak kereta di asrama sekolah. Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi peluru didapati menembusi bilik asrama ketika kejadian.
20 Januari, Wake Forest University, North Carolina
1 MAUT, 0 CEDERA
Seorang pemain bola sepak North Carolina dari Winston-Salem State University ditembak mati ketika berada di sebuah acara di Wake Forest University.
22 Januari, Italy High School, Texas
0 MAUT, 1 CEDERA
Seorang lelaki berusia 16 tahun menembak dan mencederakan seorang gadis berusia 15 tahun di kafe sekolah. Suspek ditahan selepas kejadian.
22 Januari, NET Charter High School, Louisiana
0 MAUT, 1 CEDERA
Suspek yang tidak dikenali menaiki sebuah trak dan menembak sekumpulan pelajar yang berdiri di luar sekolah semasa waktu makan tengah hari. Seorang remaja dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.
23 Januari, Marshall County High School, Kentucky
2 MAUT, 18 CEDERA
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun melepaskan tembakan di kampus. Dua terbunuh dan 18 cedera.
25 Januari, Murphy High School in Mobile, Alabama
0 MAUT, 0 CEDERA
Menurut polis, kejadian melibatkan dua pelajar berusia 16 tahun yang saling berbalas tembakan ke udara. Tiada yang cedera.
26 Januari, Dearborn High School in Dearborn, Michigan
0 MAUT, 0 CEDERA
Seseorang melepaskan tembakan dari sebuah kereta di tempat letak kereta sekolah semasa permainan bola keranjang dilangsungkan. Tiada kecederaan dilaporkan.
31 Januari, Lincoln High School in Philadelphia, Pennsylvania
0 MAUT, 0 CEDERA
Seorang lelaki berusia 32 tahun meninggal dunia selepas ditembak dua kali di kaki disebabkan pergaduhan besar di tempat letak kereta sekolah. Tiada pelajar atau kakitangan yang cedera.
1 Februari, Salvador B. Castro Middle School in Los Angeles, California
2 MAUT, 3 CEDERA
Seorang pelajar perempuan melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki berusia 15 tahun di kepala dan seorang gadis berusia 15 tahun di pergelangan tangan. Tiga yang lain, berumur antara 11 hingga 30, mengalami cedera kecil. Menurut polis, suspek tidak sengaja melepaskan tembakan.
5 Februari, Oxon Hill High School, Maryland
0 MAUT, 1 CEDERA
Remaja ditembak di luar Oxon Hill High School kerana tidak bersependapat. Mangsa dilaporkan selamat.
5 Februari, Harmony Learning Center, Minnesota
0 MAUT, 0 CEDERA
Seorang graduan ketiga berjaya menceroboh tetapi gagal menembak seorang pegawai polis. Tiada kecederaan dilaporkan.
8 Februari, Metropolitan High School, New York City
0 MAUT, 0 CEDERA
Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan selepas melepaskan tembakan ke kelas tingkat atas. Tiada yang cedera.
14 Februari, Marjory Stoneman Douglas High School, Florida
17 MAUT, 20 CEDERA
Seorang bekas pelajar sekolah itu melepaskan tembakan di Sekolah Menengah Marjory Stineman, 17 orang terbunuh.
#Amerika Syarikat
#bola sepak
#bunuh diri
#California
#cedera
#Florida
#Hospital
#lelaki
#Los Angeles
#meninggal dunia
#New York
#polis
#remaja
#sekolah
#tembakan
#Washington