DUNIA

18 maut dalam letupan dinamit di India

Bernama 06/02/2026 | 01:50 MYT
Kejadian kira-kira 11 pagi itu berlaku di kawasan terpencil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah berkenaan. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam letupan dinamit di sebuah lombong arang batu haram di negeri Meghalaya, timur laut India pada Khamis.

Seorang pekerja yang cedera dimasukkan ke hospital susulan kejadian itu.

Ketua Menteri Meghalaya Conrad Sangma berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu berlaku di kawasan terpencil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah berkenaan.

Sangma memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti haram.

"Individu yang terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti haram akan dikenakan tindakan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap insiden ini akan dikenakan tindakan yang sangat tegas," katanya kepada pemberita.

-- BERNAMA






#lombong arang batu #letupan dinamit #Meghalaya #angka korban