Seramai 18 nelayan yang diterbangkan ke New Zealand dari Moscow minggu lalu disahkan positif COVID-19.

Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam pesawat yang disewa tiga syarikat perikanan.

"Sejumlah 18 kes melibatkan nelayan Rusia dan Ukraine yang semuanya datang dengan penerbangan yang disewa khas dari Moscow, terbang ke Singapura, kemudian terbang ke Christchurch dan dikuarantin  hanya untuk 235 nelayan tersebut," ujar Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Bedasarkan prosedur, kesemua nelayan terbabit perlu dikuarantin selama dua minggu dan perlu disahkan negatif daripada wabak berkenaan.  

Mereka terus dikuarantin di sebuah hotel di Christchurch, dan pegawai kesihatan mengharapkan keputusan ujian saringan mereka kekal positif.

Salah satu syarikat perikanan memaklumkan, kedatangan para nelayan itu bagi memenuhi kekosongan tenaga kerja dalam industri tersebut.