DUNIA
18 penumpang bas maut dalam tanah runtuh di utara India
Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat dan mayat dalam runtuhan hingga lewat malam. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Seramai 18 orang terbunuh selepas sebuah bas ditimpa tanah runtuh di negeri Himachal Pradesh, utara India pada Selasa.
Insiden itu berlaku di kawasan Balughat dalam daerah Bilaspur.
Bas itu membawa kira-kira 30 penumpang, kata Timbalan Ketua Menteri negeri, Mukesh Agnihotri kepada media.
Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat dan mayat dalam runtuhan hingga lewat malam.
Rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan bas yang remuk teruk dan sebuah jentera penggali sedang membersihkan timbunan tanah serta batu.
Menurut laporan tempatan, empat mangsa cedera termasuk dua kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital.
Banjir kilat, tanah runtuh dan kemalangan berkaitan landasan kereta api telah meragut ratusan nyawa serta menyebabkan kemusnahan besar terhadap infrastruktur dan harta benda di Himachal Pradesh sepanjang musim monsun.
Hujan lebat turut menyebabkan bencana dan kesengsaraan di beberapa bahagian lain India.
Pada Sabtu, banjir kilat dan tanah runtuh mengorbankan 28 orang di daerah Darjeeling dan Jalpaiguri di negeri Bengal Barat.
-- BERNAMA