Skip to main content

Dunia

18 terbunuh, 108 cedera dalam serangan terbaharu AS ke atas Iran - Menteri Kesihatan

inspect damage_AP
Orang ramai meninjau kerosakan serta runtuhan pada sebuah bangunan yang menurut media Iran terkena serangan AS ketika satu majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kuhestak, selatan Iran. - Foto AP
Advertisement

TEHRAN: Menteri Kesihatan Iran Mohammad-Reza Zafarghandi berkata pada Rabu bahawa 18 orang terbunuh manakala 108 lagi cedera dalam serangan terbaharu oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu, menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang pejabat Presiden Iran, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar Iran mengecam sekeras-kerasnya “tindakan pencerobohan” terbaharu AS terhadap negara itu, sambil menegaskan tekad Iran untuk mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan negara dan keutuhan wilayahnya. 

Kementerian itu berkata kerajaan AS pada malam Selasa sekali lagi mencabuli kedaulatan negara dan keutuhan wilayah Iran serta menyerang beberapa lokasi awam dan infrastruktur perkhidmatan, menyebabkan sejumlah rakyat Iran terbunuh dan cedera selain mengakibatkan kerosakan terhadap harta awam dan persendirian.

Terdahulu pada Rabu, Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menerusi platform X berkata pasukannya telah “berjaya menyelesaikan satu siri serangan terhadap sasaran ketenteraan Iran”, dengan merujuk kepada “cubaan serangan baru-baru ini oleh Kor Pengawal Revolusi Islam terhadap kapal komersial di Selat Hormuz dan anggota tentera AS.”

Iran bertindak balas dengan menyerang pangkalan dan aset AS di Jordan, Kuwait, Bahrain, wilayah separa autonomi Kurdistan di Iraq serta Emiriah Arab Bersatu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement