Skip to main content

Dunia

19 cedera, bas mini rempuh kereta api berhampiran Terowong Channel

Seramai 19 orang cedera termasuk lima parah, selepas sebuah bas mini merempuh kereta api yang tidak bergerak berhampiran pintu masuk Terowong Channel di Perancis pada petang Khamis. - Gambar X @InfosFrancaises
Seramai 19 orang cedera termasuk lima parah, selepas sebuah bas mini merempuh kereta api yang tidak bergerak berhampiran pintu masuk Terowong Channel di Perancis pada petang Khamis. - Gambar X @InfosFrancaises

Advertisement

LILLE, PERANCIS: Seramai 19 orang cedera termasuk lima parah, selepas sebuah bas mini merempuh kereta api yang tidak bergerak berhampiran pintu masuk Terowong Channel di Perancis pada petang Khamis.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, kejadian itu mengakibatkan pemandu bas mini berkenaan bersama 18 penumpangnya cedera.

Daripada jumlah itu, lima mangsa mengalami kecederaan serius, namun tiada antara mereka dilaporkan berada dalam keadaan mengancam nyawa.

Bas mini terbabit membawa sekumpulan pemandu lori yang dalam perjalanan untuk menaiki kereta api melalui terowong berkenaan.

Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa.

Susulan insiden itu, dua perkhidmatan kereta api Eurostar melalui terowong berkenaan yang menghubungkan Perancis dan England disenaraikan sebagai dibatalkan pada petang Khamis.

Timbalan pegawai pentadbiran tempatan dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat Eurotunnel berhampiran lokasi kejadian pada pukul 10.30 malam waktu tempatan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement