19 mati ditikam di pusat kemudahan OKU di Jepun

Agensi
Julai 25, 2016 23:26 MYT
Kejadian tersdebut berlaku di Sagamihara, di luar bandaraya Tokyo.
Sekurang kurangnya 15 orang maut dalam insiden tikaman di sebuah pusat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) di Jepun.
Kejadian tersebut berlaku di Sagamihara, di luar bandaraya Tokyo.
Stesen penyiaran tempatan NHK melaporkan 45 orang lagi mangsa cedera, manakala 20 daripadanya mengalami kecederaan serius.
Suspek berusia 26 tahun dilaporkan sebagai bekas pekerja di pusat berkenaan berjaya ditahan.
#Jepun #OKU #Orang Kurang Upaya #pusat kemudahan #sagamihara #tikam