DUNIA
19 maut apabila dua bangunan runtuh di Fez, Maghribi
Sembilan belas orang maut apabila dua bangunan bersebelahan runtuh di Bandar Fez di utara Maghribi. - Foto AP/Ahmed Alaoui
KAHERAH: Sembilan belas orang maut apabila dua bangunan bersebelahan runtuh di Bandar Fez di utara Maghribi, menurut agensi berita rasmi MAP pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Dua bangunan empat tingkat yang menempatkan lapan keluarga itu runtuh pada waktu malam.
Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dengan tahap kecederaan berbeza dan telah dibawa ke hospital, lapor MAP memetik pihak berkuasa tempatan.
Pasukan penyelamat dan anggota keselamatan segera tiba di lokasi untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat, mengawal kawasan sekitar dan memindahkan penduduk di rumah berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga, menurut pihak berkuasa.
Menurut laporan itu lagi, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan sesiapa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan.
Fez merupakan bandar ketiga terbesar di Maghribi dan antara yang tertua.
Pada Oktober, penunjuk perasaan turun ke jalan raya di seluruh Maghribi menuntut penjagaan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, sambil mengkritik keputusan kerajaan memberi tumpuan kepada perbelanjaan infrastruktur berskala besar menjelang Piala Dunia FIFA 2030, yang akan dianjurkan bersama Maghribi dengan Portugal dan Sepanyol.
--BERNAMA-dpa
Ringkasan AI
- 19 orang maut selepas dua bangunan runtuh di Bandar Fez, Maghribi, lapan keluarga terkesan.
- Sekurang-kurangnya 16 cedera, penyelamat terus mencari mangsa mungkin terperangkap.
- Fez, bandar ketiga terbesar di Maghribi, kesan penunjuk perasaan berikutan tuntutan peningkatan kesihatan dan pendidikan.