[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

19 maut kebakaran di pusat karaoke

Astro Awani 25/01/2022 | 05:02 MYT
Siasatan masih dijalankan dan angka korban mungkin meningkat. - Gambar hiasan
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam kebakaran di pusat karaoke di Sorong, Papua Barat, Indonesia awal pagi Selasa.
Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran di antara dua kumpulan kongsi gelap.
Seorang ahli kumpulan ditikam hingga mati sebelum pusat berkenaan dibakar yang menyebabkan 18 individu lain terperangkap.
"Pergaduhan antara kumpulan anak muda di bandar itu satu perkara yang biasa, namun ia turut menyebabkan kematian," kata jurucakap Polis Papua Barat, Adam Erwini kepada Metro TV.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan angka korban akan meningkat.
Dalam pada itu, jurucakap Polis Kebangsaan Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, dua kumpulan itu berasal dari Pulau Maluku.
#kebakaran #pusat karaoke #kongsi gelap #pertempuran