awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

Bernama
Bernama
30/09/2022
10:53 MYT
19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Pengebom berkenaan mensasarkan pelajar di institusi pendidikan Kaaj di kejiranan Dasht e Barchi, di Presint 13 Kabul pada 7.30 pagi waktu tempatan (0300GMT), semasa pemeriksaan masuk pelajar di instutusi itu, menurut Khalid Zadran, jurucakap polis ibu negara.
Orang ramai di situ segera minta bantuan, dalam rakaman yang cepat dikongsi di media sosial.
Minggu lepas, bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta, meletup di luar sebuah masjid di bandar Kabul di Afghanistan ketika jemaah keluar selepas solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 41 yang lain, termasuk kanak-kanak.
Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Mulawai Mujeebur Rehman Ansari, seorang pendakwah Islam pro-Taliban, adalah antara 18 individu yang terbunuh pada 2 Sept apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya semasa solat Jumaat di bandar Herat barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Kabul
#Afghanistan
#pengeboman bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan