[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
INTERNATIONAL

19 terbunuh dalam pertempuran kumpulan penjenayah

Bernama 26/10/2024 | 06:52 MYT
Menteri Keselamatan Omar Garcia Harfuch berkata, sekurang-kurangnya tiga pertempuran berlaku. - Gambar hiasan
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penjenayah di Guerrero, negeri selatan Mexico, kata Menteri Keselamatan Omar Garcia Harfuch pada Jumaat, lapor Xinhua.

Garcia Harfuch dalam satu sidang media berkata sekurang-kurangnya tiga pertempuran berlaku.

"Terdapat beberapa serangan terhadap anggota tentera yang mengakibatkan 17 penyerang terbunuh, 11 ditahan, dua pegawai majlis perbandaran terbunuh, dan empat cedera. Kami sedang menyiasat insiden berkenaan," katanya.

-- BERNAMA


#kumpulan penjenayah #pergaduhan geng #kongsi gelap #Mexico