awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The 1975 batal persembahan di Indonesia, Taiwan susulan kontroversi di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2023
05:32 MYT
The 1975 batal persembahan di Indonesia, Taiwan susulan kontroversi di Malaysia
Perkara itu dimaklumkan The 1975 sendiri menerusi kenyataan rasmi di akaun @WeTheFest dan @LiveNationTW. -Instagram
KUALA LUMPUR: Kumpulan The 1975 telah membatalkan persembahan di Taiwan dan Indonesia sehari selepas aksi dan kenyataan kontroversi mereka dalam satu festival muzik di Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan The 1975 sendiri menerusi kenyataan rasmi di akaun @WeTheFest dan @LiveNationTW pada Sabtu malam.
"Kumpulan ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah kerana sudah lama tidak sabar untuk bermain untuk peminat di Jakarta dan Taipei.
"Malangnya, ekoran situasi semasa, adalah mustahil untuk meneruskan rancangan yang dijadualkan," kata kumpulan pop rock British itu dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.
View this post on Instagram
A post shared by WE THE FEST (@we.the.fest)
Malaysia pada Sabtu mengarahkan penganjuran festival muzik di Kuala Lumpur itu dibatalkan selepas vokalis kumpulan berkenaan, Matt Healy, bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.
Bukan itu sahaja, Healy turut memegang botol arak di atas pentas selain membuat kenyataan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kejadian yang berlaku pada hari pertama festival itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk kalangan peminat kumpulan itu sendiri.
Difahamkan, The 1975 dijadualkan membuat persembahan hari ini di Jakarta manakala di Taiwan pada 25 Julai (Selasa).
Topic Berkaitan
#The 1975
#batal konsert di Indonesia dan Taiwan
#kontroversi di Malaysia
#cium di atas pentas
#Matty Healy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan