DUNIA
2 ditahan selepas beberapa individu ditikam dalam kereta api di UK
Polis sedang bertindak balas terhadap satu insiden dalam sebuah kereta api menuju ke Huntingdon dengan beberapa individu telah ditikam. - Gambar Reuters
LONDON: Dua individu ditahan selepas beberapa penumpang ditikam dalam sebuah kereta api, menurut Polis Pengangkutan Britain (BTP) pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami sedang bertindak balas terhadap satu insiden dalam sebuah kereta api menuju ke Huntingdon dengan beberapa individu telah ditikam," menurut BTP dalam hantaran di platform X.
BTP memaklumkan, pegawai polis kini berada di lokasi kejadian bersama anggota polis Cambridgeshire.
Dalam kenyataan kepada media, polis Cambridgeshire berkata mereka menerima panggilan pada 7.39 malam waktu GMT berhubung laporan beberapa individu ditikam dalam sebuah kereta api.
"Beberapa mangsa telah dibawa ke hospital," menurut polis.
Sementara itu, syarikat London North Eastern Railway memaklumkan, beberapa perkhidmatan tren mungkin dibatalkan atau mengalami kelewatan sehingga satu jam di beberapa laluan akibat insiden tikaman itu.
-- BERNAMA