DUNIA
  
            2 gempa bumi bermagnitud 6.2 landa pesisir Semenanjung Kamchatka di Rusia
Dua gempa bumi bermagnitud 6.2 direkodkan di pesisir Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Isnin. - Foto USGS
            
      VLADIVOSTOK (Rusia): Dua gempa bumi bermagnitud 6.2 direkodkan di pesisir Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Isnin, lapor Xinhua yang memetik perkhidmatan geofizik tempatan.
Gempa pertama berlaku pada 7.10 malam waktu tempatan (0710 GMT) dengan pusat gempa di Teluk Avacha, pada kedalaman 22.3 kilometer dan kira-kira 154 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky, menurut saintis penyelidik tempatan.
Gempa kedua melanda kawasan sama pada 8.44 malam waktu tempatan (0844 GMT) dengan pusat gempa di kedalaman 36.2 kilometer, juga di Teluk Avacha, kira-kira 186 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky.
Pada 30 Julai lalu, Kamchatka dilanda gempa bumi dengan magnitud 8.7 mencetuskan amaran tsunami dan pengisytiharan darurat di beberapa bahagian Kamchatka serta daerah Severo-Kurilsk. Sejak itu, wilayah berkenaan terus mengalami gegaran susulan.
-- BERNAMA