DUNIA
2 gempa bumi melebihi 5 magnitud landa Iran
Kedua-dua gempa mempunyai kedalaman 10 kilometer. - Gambar hiasan
KAHERAH: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan utara dan tengah Iran sekitar 12.30 tengah malam (2137 GMT) pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, menurut pusat berkenaan.
Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan kawasan 31 km ke timur perkampungan Qarnabad di timur laut Iran kira-kira 12.30 tengah malam (2137 GMT), menurut laporan itu.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 km, pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.84 darjah utara dan longitud 54.94 darjah timur, tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua gempa bumi berukuran 5.3 dan 5.4 magnitud berlaku di utara dan timur laut Iran sekitar 12.30 tengah malam waktu tempatan, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) dan laporan Xinhua.
- Gempa pertama berpusat pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, manakala gempa kedua berpusat 31 km dari perkampungan Qarnabad dengan koordinat 36.84 darjah utara dan 54.94 darjah timur. Kedua-dua gempa mempunyai kedalaman 10 kilometer.
- Tiada maklumat lanjut mengenai kerosakan atau korban dilaporkan setakat ini dalam laporan tersebut.