2 maut, 28 cedera insiden tembakan di Baltimore, AS

Bernama
Julai 2, 2023 11:47 MYT
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 28 lagi cedera dalam kejadian tembakan besar-besaran di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 28 lagi cedera dalam kejadian tembakan besar-besaran di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.
"Polis masih menjejaki penyerang berkenaan," lapor WBFF, sebuah stesen televisyen tempatan memetik pemangku Pesuruhjaya Polis Baltimore Richard Worley.
Worley berkata motif jenayah masih belum dapat dipastikan.
Jabatan polis menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan (0430GMT), lapor WBFF.
Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott menyifatkan tindakan penyerang sebagai "melulu" dan "pengecut".
-- BERNAMA
#insiden tembakan #Baltimore #Amerika Syarikat #tembakan besar-besaran