awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 50 lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya Brazil

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2022
01:45 MYT
2 maut, 50 lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya Brazil
Imej dari udara yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan menunjukkan kerosakan akibat tanah runtuh yang memusnahkan sebahagian lebuh raya. -Reuters
BRASILIA: Sekurang-kurangnya dua maut manakala puluhan yang lain masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lebuh raya di selatan Brazil pada Rabu.
Tanah runtuh yang menggelongsor ke lebuh raya BR-376 di negeri Parana itu turut menghanyutkan sekurang-kurangnya 16 kenderaan.
Pekerja penyelamat di tempat kejadian berkata cuaca buruk dan lokasi terpencil menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.
Pihak berkuasa tempatan dalam satu sidang akhbar memaklumkan mangsa yang masih hilang dipercayai di antara 30 dan 50 orang.
Perkhidmatan kecemasan berjaya mengesan enam mangsa yang terselamat, termasuk datuk bandar pantai Guaratuba, Roberto Justus.
"Sangat mengerikan.
"Gunung itu terus menimpa kami dan menghanyutkan setiap kenderaan," kata Justus.
Imej dari udara yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan menunjukkan kerosakan akibat tanah runtuh yang memusnahkan sebahagian lebuh raya.
Terdapat kebimbangan kemungkinan akan berlaku lagi tanah runtuh dengan perkhidmatan cuaca nasional INMET mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri di Brazil.
Topic Berkaitan
#Brazil
#tanah runtuh
#cuaca buruk
#lebuh raya BR-376
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan