2 maut dalam nahas bas di lapangan terbang Miami

Associated Press
Disember 2, 2012 03:14 MYT
Dua penumpang terbunuh manakala tiga lain cedera parah selepas sebuah bas yang membawa lebih 30 penumpang melanggar sebuah laluan atas konkrit di lapangan terbang antarabangsa Miami semalam.
Pihak polis Miami memaklumkan pemandu bas berkenaan tidak mengenali tempat tersebut dan memasuki kawasan lapangan terbang Miami secara kebetulan.
Kebanyakkan penumpang yang cedera terdiri dari warga emas.
Tiga penumpang yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan susulan.
Sementara itu, keadaan 27 penumpang yang lain dilaporkan stabil dan tidak begitu serius.
Mayat salah seorang penumpang yang mati berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan pada awal Sabtu manakala penumpang kedua pula meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian, Osvaido Lopez menyifatkan keadaan di dalam bas berkenaan dipenuhi dengan darah.
Jurucakap lapangan terbang antarabangsa Miami, Greg Chin pula berkata bas sepatutnya melalui kawan berlepas yang mempunyai siling yang lebih tinggi.
#kemalangan bas #lapangan terbang Miami