[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

2 maut dalam nahas pesawat ringan di Filipina

Bernama 30/03/2025 | 07:30 MYT
Pesawat latihan itu menjunam dan terhempas di kawasan lapang di bandar Lingayen. - Gambar hiasan
MANILA: Sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Pangasinan, utara Manila pada pagi Ahad, mengorbankan juruterbang dan seorang pelajar, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Pesawat latihan itu menjunam dan terhempas di kawasan lapang di bandar Lingayen, menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, menurut pihak berkuasa tempatan yang dipetik oleh beberapa media.
Tiada laporan mengenai mangsa lain setakat ini.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
-- BERNAMA
#nahas pesawat #pesawat terhempas #Filipina #punca kejadian