Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

2 maut dalam nahas pesawat ringan di Sepanyol

Bernama 10/08/2025 | 03:20 MYT
Anggota pasukan keselamatan memadamkan api di lokasi pesawat ringan yang terhempas di wilayah Valencia, Sepanyol, pada Sabtu.
MADRID: Dua orang maut pada Sabtu apabila sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut kerajaan wilayah itu, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku berhampiran bandar Requena sekitar 11.25 pagi, apabila pesawat itu menjunam secara mendadak sejurus berlepas dan terhempas di kawasan padang berhampiran, mengorbankan kedua-dua penumpangnya serta-merta di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan musnah sepenuhnya akibat terbakar dan punca nahas masih dalam siasatan.

Keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan baik.

Kedua-dua mangsa adalah lelaki dari bandar Valencia yang berhampiran.

-- BERNAMA



#pesawat terhempas #dua maut #wilayah Valencia Sepanyol #pesawat menjunam