awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO sedia jadi jambatan Muafakat Nasional 2.0
21 ditahan di Hong Kong, terlibat rasuah penyelenggaraan bangunan
Perusahaan madu kelulut Madrasah Tahfiz Taufiqillah jana pendapatan, jadi medium pembelajaran keusahawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut gempa bumi di Mexico

Bernama
Bernama
03/01/2026
06:00 MYT
2 maut gempa bumi di Mexico
Gempa itu berlaku pada 7.58 pagi Jumaat, dengan pusat gempa dikesan kira-kira 4 kilometer (km) ke barat daya San Marcos di negeri selatan Guerrero, pada kedalaman kira-kira 5km. - Gambar/ Reuters
MEXICO CITY: Dua orang maut manakala 12 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda selatan Mexico pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 50 tahun terbunuh selepas rumahnya runtuh di negeri Guerrero, pusat gempa bumi berkenaan.
  • Seorang lelaki dalam lingkungan usia 60-an maut selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri di perbandaran Benito Juarez, Mexico City, semasa proses pemindahan yang dicetuskan oleh gempa bumi tersebut.
  • Clara Brugada, ketua kerajaan Mexico City, mengaktifkan protokol tindak balas gempa bumi setelah laporan menunjukkan 12 orang cedera, serta 18 aduan diterima berikutan gangguan bekalan elektrik di pelbagai kawasan kejiranan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Seorang wanita berusia 50 tahun terbunuh selepas rumahnya runtuh di negeri Guerrero, pusat gempa bumi berkenaan, kata Evelyn Salgado, gabenor negeri itu.
Selain itu, seorang lelaki dalam lingkungan usia 60-an maut selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri di perbandaran Benito Juarez, Mexico City, semasa proses pemindahan yang dicetuskan oleh gempa bumi tersebut, menurut kenyataan rasmi daripada pihak perbandaran.
Clara Brugada, ketua kerajaan Mexico City, berkata di platform X bahawa selepas mengaktifkan protokol tindak balas gempa bumi, laporan terkini menunjukkan 12 orang cedera, serta 18 aduan diterima berikutan gangguan bekalan elektrik di pelbagai kawasan kejiranan.
Beliau menambah bahawa dua struktur sedang dinilai berikutan risiko runtuh, manakala 34 bangunan dan lima rumah sedang diperiksa sebagai langkah pencegahan.
Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan Mexico memaklumkan bahawa gempa itu berlaku pada 7.58 pagi waktu tempatan (1358 GMT), dengan pusat gempa dikesan kira-kira 4 kilometer (km) ke barat daya San Marcos di negeri selatan Guerrero, pada kedalaman kira-kira 5km.
Di Mexico City, pembesar suara di jalan raya menyiarkan amaran seismik beberapa saat sebelum gegaran dirasai.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah kematian yang dilaporkan akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud di Mexico? A: Dua orang telah dilaporkan maut akibat gempa bumi tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Clara Brugada, ketua kerajaan Mexico City, selepas gempa bumi berlaku? A: Clara Brugada telah mengaktifkan protokol tindak balas gempa bumi setelah menerima laporan 12 orang cedera dan 18 aduan berhubung gangguan bekalan elektrik di pelbagai kawasan kejiranan.
  • Q: Di manakah pusat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud itu dikesan berlaku? A: Pusat gempa dikesan kira-kira 4 kilometer ke barat daya San Marcos di negeri selatan Guerrero, pada kedalaman kira-kira 5km.

Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Mexico
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan