awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, lebih 400,000 terputus bekalan elektrik susulan ribut landa timur AS

Bernama
Bernama
08/08/2023
09:57 MYT
2 maut, lebih 400,000 terputus bekalan elektrik susulan ribut landa timur AS
Kejiranan di Forrest Avenue, Siuth Highland yang berada dalam kegelapan pada waktu malam susulan bekalan elektrik yang terputus sejak dilanda ribut. - AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala lebih 400,000 penduduk terputus bekalan elektrik susulan ribut melanda beberapa negeri di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat dari Pennsylvania ke Georgia sejak awal Selasa.
Pada petang Isnin, lebih sejuta kediaman terputus bekalan elektrik akibat cuaca buruk, menurut laman sesawang PowerOutage, manakala data terkini menunjukkan kira-kira 410,000 isi rumah di sepanjang Pantai Timur terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu.
Di Alabama, seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas dipanah petir di tempat letak kereta taman industri, lapor harian ABC News, memetik polis tempatan.
Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di Anderson, Carolina Selatan, selepas pokok menimpanya di luar perkarangan rumah datuk dan neneknya, menurut CBS News, memetik Ketua Jabatan Bomba bandar Charles King.
Menjelang awal Selasa, lebih 985 penerbangan AS dibatalkan dan hampir 7,000 lagi ditangguhkan, menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik terputus
#amaerika syarikat
#cuaca buruk
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan