awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut nahas pesawat ringan di Australia Selatan

Bernama
Bernama
09/10/2023
05:32 MYT
2 maut nahas pesawat ringan di Australia Selatan
Penyiasat dari ATSB bersama pakar dalam operasi, penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat telah melawat tempat kejadian pada Isnin untuk memastikan punca nahas. - REUTERS
CANBERRA: Seorang bapa dan anak lelakinya yang menaiki pesawat ringan maut apabila kapal terbang itu terhempas di Australia Selatan, Xinhua memetik laporan media tempatan pada Isnin.
Polis pada Isnin mengesahkan seorang juruterbang berusia 50 tahun meninggal dunia semalam selepas dibawa ke Hospital Diraja Adelaide dalam keadaan kritikal berikutan nahas itu.
Anak lelaki juruterbang berusia 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian pada petang Ahad.
Kedua-duanya dalam perjalanan menggunakan pesawat ringan Cessna apabila ia melanggar talian elektrik dan terhempas ke padang berhampiran bandar kecil Crystal Brook, kira-kira 200 km ke utara Adelaide, selepas 4.00 petang waktu tempatan pada Ahad.
Penyiasat dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bersama pakar dalam operasi, penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat telah melawat tempat kejadian pada Isnin untuk memastikan punca nahas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, ATSB meminta saksi atau sesiapa yang mempunyai rakaman video pesawat terbang itu tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#pesawat ringan
#Australia Selatan
#juruterbang maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan