awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, satu cedera dalam letupan di Niagara Falls

Bernama
Bernama
23/11/2023
05:40 MYT
2 maut, satu cedera dalam letupan di Niagara Falls
Hochul berkata jambatan itu akan kekal ditutup memandangkan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Tiada petunjuk insiden letupan sebuah kenderaan di Rainbow Bridge yang menghubungkan Amerika Syarikat (AS) ke Kanada di Niagara Falls mempunyai kaitan dengan serangan pengganas, kata Gabenor New York, Kathy Hochul pada Rabu.
"Tiada tanda aktiviti pengganas dengan kemalangan itu. Kami mengenal pasti individu terlibat ialah penduduk tempatan dari barat New York," kata Hochul pada sidang media, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata dua orang dalam kenderaan itu maut manakala seorang pegawai Peronda Sempadan yang berada di pondok di tempat kejadian hanya cedera ringan.
Hochul berkata jambatan itu akan kekal ditutup memandangkan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.
Gabenor berkata nahas dipercayai berlaku akibat kenderaan itu dipandu laju.
Menurut polis, jambatan lain yang menghubungkan AS-Kanada -- Peace Bridge, Lewiston-Queenston Bridge dan Whirlpool Bridge -- kini dibuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Niagara Falls
#insiden letupan
#pengganas
#Gabenor New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan