DUNIA
2 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di Mumbai, India

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran merah untuk bandar itu, memberi amaran tentang hujan lebat hingga sangat lebat dalam tempoh 24 jam akan datang. - Foto X/Hindustan Times: My Mumbai
NEW DELHI: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Sabtu akibat hujan lebat di ibu kota kewangan India, Mumbai, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pegawai.
Sejurus selepas kejadian, pasukan tindak balas kecemasan termasuk anggota bomba, polis tempatan dan pasukan tindak balas bencana dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
Menurut pegawai operasi penerbangan dan kereta api turut terjejas, manakala masalah lalu lintas dilaporkan secara meluas akibat takungan air dan banjir di jalan raya.
Laporan turut menyebut yang landasan kereta api juga terjejas, menyebabkan kelewatan perkhidmatan tren domestik. Penumpang dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya.Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran merah untuk bandar itu, memberi amaran tentang hujan lebat hingga sangat lebat dalam tempoh 24 jam akan datang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami