awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia

Bernama
Bernama
18/10/2022
14:42 MYT
2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia
Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye pada Selasa. - Foto REUTERS
ANKARA: Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.
Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru.
Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.
Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.
Cappadocia terkenal dengan belon udara panas dan menjadi destinasi pelancongan terkemuka buat pelawat domestik dan asing.
Destinasi ini menjadi antara lokasi yang membolehkan pengunjung menaiki belon udara panas hampir sepanjang tahun kerana cuaca ideal di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong Sepanyol
#kemalangan belon udara panas
#Cappadocia
#Zelve Ruins
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan