Skip to main content

Dunia

2 terbunuh, 2 cedera selepas tembakan di New Orleans

71695357406_tembakan.jpg
HOUSTON: Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan berhampiran persimpangan pada petang Jumaat di New Orleans, bandar terbesar di negeri Louisiana, wilayah selatan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan individu kedua meninggal dunia di dalam ambulans atau di hospital, kata Polis New Orleans.

Sejurus selepas 2 petang waktu tempatan, mayat seorang lelaki dilihat terbaring di persimpangan itu ketika jiran berkumpul berhampiran, lapor media tempatan NOLA.

Pihak berkuasa sedang mengesan dua suspek dalam pembunuhan itu, menurut laporan berkenaan.

Tiada motif atau butiran lain diterima. Siasatan sedang dijalankan.

--BERNAMA-XINHUA

Advertisement

Must Watch Video