awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu
UMNO teruskan penubuhan Sekretariat Rumah Bangsa walaupun tanpa Pas
Bekas guru tahfiz mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 terbunuh, 8 cedera dalam satu lagi letupan di Pattani

Bernama
Bernama
17/02/2013
11:15 MYT
2 terbunuh, 8 cedera dalam satu lagi letupan di Pattani
Kumpulan pemberontak memperhebat tindakan balas dendam mereka mengakibatkan dua anggota pertahanan sukarela terkorban dan lapan yang lain cedera dalam satu lagi serangan bom di Pattani hari ini.
Ketua Polis Pattani Maj Jen Ek-Kapop Prasit-Tiwattanachai berkata sebutir bom meletup dekat sederet rumah kedai di bandaraya Pattani pada 11.50 pagi.
Beberapa buah kedai dan kenderaan rosak akibat letupan itu.
Katanya, mereka yang cedera terdiri daripada seorang anggota pertahanan sukarela, dua pekerja kedai dan lima orang awam.
Terdahulu, empat butir bom menggegar bandaraya Pattani enam jam selepas 7 malam semalam, mengakibatkan seorang awam cedera dan empat unit bangunan perniagaan dijilat api.
Maj Jen Ek-Kapop percaya letupan bom itu merupakan tindak balas pemberontak berikutan kematian 16 rakan mereka ketika menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat pada 13 Februari.
Topic Berkaitan
#2 maut
#letupan
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan